JANA AURA
JANA AURA merupakah sebuah alat yang membantu menjana aura anda dengan menggunakan tenaga – tenaga hidup ( life force energy) yang berada diruang udara kita.(kosmo energi).
Bersandarkan pada kajian saintifik yang pernah dilakukan, adalah didapati apabila bahan organic berpadu/ dimampatkan dengan bahan inorganic, satu tenaga matrik yang mampu menarik energi-energi negative dan membebaskan energi-energi positif terhasil. Di barat , saintist –saintis yang berlatarbelakangkan paranormal telah menggunakan kaedah saintifik ini dengan membuat satu alat dimana organic dalam bentuk resin disatukan dengan inorganic dalam bentuk metal, bagi menjanakan satu tenaga yang dikenali dengan orgone energi. Sesuatu sebab ada musababnya. Setiap satu musabab pasti mempunyai penjelasan dari segi saintifik.
Dewasa ini ramai telah mengkomersialkan kaedah ini dengan mengeluarkan beberapa jenis alat seperti pendant , gelang tangan dengan menggunakan kaedah penggunaan manipulasi energi positif yang berada di alam kosmo dan pelbagai macam kaedah lagi yang secara dasarnya adalah sama. Tenaga alam adalah percuma. Kaedah untuk memanipulasinya memerlukan kajian saintifik dan darinya lahirlah teknologi bio energi.
JANA AURA dibuat bukanlah untuk tujuan komersial tetapi adalah untuk berkongsi faedah dengan anda. Banyak kebaikan yang akan anda rasai dan amati dengan JANA AURA ini apabila ianya telah sebati dan harmoni dengan diri anda.
JANA AURA disediakan secara manual dan tidak menggunakan mesin. JANA AURA disediakan berdasarkan pada kaedah penyediaan yang biasa dilakukan disamping beberapa kaedah kaedah tersendiri berdasarkan ilham dengan memohon petunjuk dari Allah SWT seperti menggunakan ayat ayat suci aAlquran yang diritualkan ketika proses kristalisasi JANA AURA. Alunan Ayat –ayat suci Alquran merupakan gelombang-gelombang yang mempunyai tenaga tenaga yang positif.Bagi kita orang Islam, sudah tentulah kita yakin dengan mukjizat Alquran ini. Setiap ayat mempunyai kekuatan energi tersendiri. Gelombang-gelombang getaran ayat suci Alquran ini diyakini memberi input yang positif pada JANA AURA ini.
Disamping itu beberapa jenis batu batu terpilih seperti Herkimer Diamond, Aventurine Chips, Amethys Chips, Clear Quarts, Rose Quarts, Black Tourmaline , Golden rutile dimasukkan didalam JANA AURA bagi membantu memaksimumkan faedahnya. Bagi mereka yang pernah mempelajari Aura sudah tentu faham tentang peranan tenaga batu dalam membantu merangsang 7 cakra didalam tubuh badan manusia.
Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment